Jom laksana ibadah korban di Sabah

Nasional
Typography

ALLAH telah kurniakan rezeki yang tidak terhitung buat hamba-Nya di muka bumi ini. Antara cara untuk kita bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah adalah dengan cara berkorban. Pengorbanan yang disebut juga dalam bahasa arab sebagai “Tadhiyah” merupakan lambing syukur dan harap kita sebagai hamba yang sentiasa inginkan redha-Nya.

Ibadah korban merupakan sunat muakkad yakni sunat yang dituntut untuk kita melakukannya. Ibadah korban dilakukan bukan dengan niat ingin menunjuk-nunjuk bahawa kita punya harta yang lebih. Bahkan ia merupakan satu jalan untuk seorang hamba itu dekat kepada Allah sebagaiman yang telah tercatat dalam sirah sejak zaman Nabi Adam a.s seterusnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Pengorbanan sering dikaitkan dengan sesuatu yang kita sangat saying, begitu juga ibadah korban ini. Sememamngnya nilaian sebahagian lembu agak mahal bagi sesetengah orang. Mereka akan merasa berat untuk keluarkan sejumlah wang tersebut, kira-kira RM600 bagi sebahagian lembu. Namun, itulah yang Allah akan nilai dan pandang di akhirat nanti. Sejauhmana kita sanggup keluarkan sedikit perbelanjaan kita untuk melaksanakan ibadah sunat yang sangat dituntut ini. Apabila disebut tentang korban, seharusnya kita rela untuk sediakan bahagian yang terbaik ibarat kita sedang berjual-beli dengan Allah.

Justeru, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat mengajak dan menyeru semua ahli PAS terutamanya dan seluruh umat Islam untuk sama-sama melaksanakan ibadah korban bersama kami di Sabah. Insya-Allah korban ini akan dijalankan di lebih kurang 11 kawasan di Sabah termasuk 17 DUN yang melibatkan kawasan pedalaman dan orang susah.

Kami sangat berbesar hati menyeru dan mengajak semua untuk berkorban di sana. Semoga korban kita ini diterima Allah di samping dapat kita berkongsi sedikit rezeki buat mereka yang memerlukan dan mungkin tidak pernah merasai nikmat dan suasana berkorban. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati ini akan menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur dan dekat kepada-Nya.

Sekiranya berminat untuk sertai korban di Sabah dengan hanya RM600 sebahagian, boleh terus menghubungi wakil kami; Razak (012-206 7233), Wan (019-335 0466), Azlan (019-388 6533). – HARAKAHDAILY 10/8/2017

korbanSab