Najib terkena jangkitan bakteria E.coli

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkena jangkitan bakteria E.coli (Escherichia coli) semasa melawat kawasan banjir baru-baru ini.
    
Ini dinyatakan melalui catatan di laman Twitter Pejabat Media Perdana Menteri hari ini.
    
"Doktor menasihatkan perdana menteri supaya berehat susulan perkembangan itu. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurut catatan itu.
    
Sementara itu, Najib melalui catatan di laman Twitternye sendiri berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.
    
E.coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.
    
Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. - Bernama

Share on Myspace