Banjir: Orang ramai digesa terus beri sumbangan

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh membuat sumbangan kewangan ke beberapa tabung yang sedia ada sebelum dipindahkan ke sebuah tabung khas bagi tujuan pasca-banjir.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tabung khas yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini berada pada tahap akhir sebelum dimuktamadkan.

Kata beliau, orang ramai boleh menyumbang ke Tabung Bencana Harakah di akaun Maybank 5640 7013 0442, dan Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun Bank Islam Malaysia Berhad 03018010080024.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi mengumumkan penubuhan Tabung Khas Pemulihan Mangsa Banjir ditubuhkan bagi membantu gerak kerja pasca banjir, yang dipengerusikan Mohamad.

Sementara itu, objektif utama penubuhan tabung ini adalah untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan dan mangsa banjir di seluruh negara khususnya bagi mereka yang telah kehilangan tempat tinggal.

Beliau menyeru agar seluruh masyarakat tanpa membezakan warna kulit, kaum, agama dan idelogi politik agar dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada sekalian mangsa banjir.  - HARAKAHDAILY 6/1/2015

Share on Myspace