1MDB macam kena jangkitan E.coli juga

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan syarikat 1MDB tidak ubah seperti sedang menghadapi jangkitan E.coli kerana dalam tempoh lima tahun telah mendapat tiga orang CEO, tiga auditor dan dua Pengerusi Syarikat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, pertukaran demi pertukaran yang berlaku menunjukkan betapa runcing dan tenatnya 1MDB.

"Adakah dengan pertukaran ini melambangkan satu syarikat yang sihat. Seperti Perdana Menteri yang menghadapi E.coli yang boleh membawa penyakit cirit-birit. 1MDB juga sedang hadapi cirit birit," katanya dalam satu kenyataan.

Kebimbangan dan ketakutan ini, jelas Mahfuz yang juga Ketua Whip MP PAS, ia akan berjangkit kepada Maybank dan RHB Bank.

Jika ini berlaku katanya, sudah pasti cirit birit 1MDB akan merayap kepada PNB dan KWSP kerana kedua-dua institusi tersebut adalah pemegang saham terbesar dalam Maybank dan RHB bank.

"Sudah tentu yang akan menerima kesannya ialah mereka mencarum dalam saham-saham amanah di bawah kelolaan PNB dan golongan pekerja yang mencarum dalam KWSP," katanya.

Ini bermakna katanya, 1Malaysia mengalami cirit birit daripada Perdana Menteri sampai kepada semua rakyat Malaysia.

"Cuma yang bezanya kumannya bukan E.coli tapi cirit birit 1Malaysia kumannya ialah U corupsi (Umno corupsi)," tegas Mahfuz.

Justeru tegasnya, satu Suruhanjaya Diraja perlu disegerakan untuk menyiasat ke akar umbi bagi mengenal pasti masalah yang terjadi kepada 1MDB. – HARAKAHDAILY 7/1/2015

Share on Myspace