Siasatan RM2.6 juta tidak didengarkan kepada awam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas laporan audit pembayaran gratuiti RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan didengarkan kepada awam.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Hannah Yeoh berkata hal itu kerana siasatan menyeluruh sudah dibuat dan laporan audit ke atas kes berkenaan sudah dibentangkan di dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu.

Menurutnya, ahli jawatankuasa Selcat berpendapat bahawa tidak ada keperluan untuk menjalankan pendengaran awam berkenaan perkara itu kerana siasatan audit menyeluruh sudah dijalankan kerajaan negeri.

“Laporan audit itu sudah dibentangkan di dalam Dewan Negeri Selangor lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selcat juga, ujarnya akan bersidang untuk menyiasat perlaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat, pada 27 Januari dan siasatan itu akan didengarkan kepada awam.

“Selcat menerima aduan enakmen itu tidak berkesan di kebanyakan jabatan kerajaan negeri. Selcat memandang serius isu akses maklumat kepada orang awam,” tegasnya.

Share on Myspace