Sumbangan khemah membuat mereka tersenyum

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Khemah yang dibeli melalui kutipan dana awam Yayasan Darul Hijrah telah selamat didirikan dengan bantuan orang kampung dan relawan Darul Hijrah di Kuala Krai.

Sehubungan itu, Pengererusi Yayasan Darul Hijrah, Datuk Husam Musa mengucapkan terima kasih di atas sumbangan para penderma yang diperoleh daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Sumbangan anda sekurang-kurangnya membuat mereka tersenyum dan punyai tempat berteduh sementara," tulisnya menerusi facebook, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut memohon maklumkan/tag kepada rakan-rakan yang telah menyumbang.

Dalam pada itu, sukarelawan diperlukan untuk membantu kerja-kerja kemanusiaan dan operasi Yayasan Darul Hijrah. - HARAKAHDAILY 8/1/2015


Share on Myspace