Angin kencang, laut bergelora dijangka sehingga Ahad

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Tioman, Bunguran, Kuching, Sabah, Sarawak, Labuan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad ini.
    
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dalam tempoh itu.
    
"Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Sabah dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga Ahad ini," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
    
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan serta perkhidmatan feri.
    
Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok. - BERNAMA

Share on Myspace