PAS rakam takziah pemergian Tun Abdul Rahman Ya'kub

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah buat seluruh anggota keluarga mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Keempat, Tun Abdul Rahman Ya'kub atas kembalinya beliau kerahmatullah di Kuching malam tadi.

"Bagi pihak PAS, Allahyarham yang juga pernah menjadi Ketua Menteri Sarawak Ketiga telah meninggalkan jasa besar terhadap usaha membina dan menyatukan penduduk negeri tersebut.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman," ujarnya dalam satu kenyataan pagi ini, 10 Januari.

Tun Abdul Rahman, 86 tahun disahkan meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Pakar Normah, Petrajaya di sini jam 9:40 malam tadi.

Allahyarham telah dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Isnin lalu berikutan masalah kesihatan yang kian merosot. – HARAKAHDAILY 10/1/2015

Share on Myspace