Muslim Perancis elak musolla bimbang disyaki pengganas

HARAKAHDAILY | .

"Aku bimbang datangnya hari di mana kaum kafir bangga dengan kebatilan sedangkan kaum Muslimin malu dengan keimanan mereka." - Umar bin Khattab Radhiyallahu 'Anhu

Warga Muslim Perancis yang bekerja di lapangan terbang Charles de Gaulle kebelakangan ini banyak yang mengelakkan musolla di lapangan terbang itu.

Mereka tidak mahu disiasat oleh polis kerana disyaki sebagai pengganas, lapor laman web eramuslim.

Keadaan ini berlaku sejak terbit buku berjudul Les mosquées De Roissy yang ditulis oleh Phillippe de Villiers, tokoh sayap kiri dari parti Movement for France juga mencalonkan diri sebagai presiden Perancis dalam pilihan raya akan datang.

Dalam bukunya itu, Villiers menulis bahawa pegawai di lapangan terbang Charles de Gaulle sudah disusupi oleh orang-orang Islam yang radikal.

Villiers memang dikenali sebagai tokoh yang anti Islam, ia juga yang merangka isu agar Perancis berhati-hati terhadap 'Islamisasi' Perancis sebagai tema kempen nanti.

"Pada masa ini, agak sedikit aneh melihat seorang pegawai yang Muslim, enggan masuk ke musolla sejak terbitnya buku itu," kata seorang pegawai seperti dikutip dari Islamonline.

"Saya sekarang lebih senang solat di rumah daripada dicap sebagai pengganas. Anda sekarang adalah pengganas sehingga terbukti tidak bersalah," kata Ayman, seorang pegawai di lapangan terbang sambil tersenyum getir melihat ruang musolla yang kosong.

Buku dan kenyataan-kenyataan anti Islam yang dilontarkan oleh Villiers mencetuskan reaksi keras daripada warga Muslim di Perancis.

"Ini sangat membimbangkan dan membahayakan, melakukan stigmatisasi terhadap semua pegawai lapangan terbang yang Muslim sebagai pengganas tanpa alasan apapun, tapi hanya kerana mereka seorang Muslim," kata Ammar Al-Asfar dari Dewan Agama Islam Perancis.

"Warga Muslim benar-benar dalam kedudukan yang serba salah. Ketika mereka memilih untuk bekerja di pelbagai tempat-tempat penting, mereka dituduh membuat rancangan jahat. Tapi ketika mereka menganggur, mereka dikritik sebagai pemalas, sembrono dan acuh tak acuh," sambung Al- Asfar.

Meski demikian, Asfar menyeru warga Muslim di Perancis untuk bertindak balas kepada tuduhan-tuduhan itu dengan bijak dan tidak mudah terpancing.

Dewan Agama Islam Perancis juga sudah meminta para intelektual dan ahli-ahli politik di Perancis untuk mengutuk kenyataan-kenyataan Villiers yang berupa rasis. Dewan itu juga mendapat sokongan untuk menggugat Villiers melalui jalur hukum.

Setiausaha Agung Dewan Imam Perancis, Daw Meskine menilai kenyataan-kenyataan anti Islam yang dilontarkan oleh Villiers hanya sebuah manuver politik.

"Ketika tidak program-program politik yang ril, Islamophobia menjadi isu yang dipilih untuk memenangi banyak suara dalam pilihan raya," ujar Meskine.

Jumlah penduduk Muslim di Perancis, saat ini mencapai lebih daripada 6 juta orang atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah penduduk negara itu.

Kebanyakan mereka berasal dari Algeria. Dari jumlah 6 juta tersebut, 1.8 juta di antaranya adalah pengundi berpotensi dalam pilihan raya.

Para intelektual di Perancis menilai kewujudan organisasi Muslim di negeri itu sudah membuat langkah besar dan secara positif telah ikut berperanan dalam kempen anti rasis.

Di Perancis, banyak warga Muslim yang terpaksa menukar nama mereka yang berasal dari bahasa Arab dengan nama Eropah. Bahkan banyak di antara mereka yang harus menyembunyikan asal-usul mereka agar tidak diperlakukan diskriminasi dan disyaki polis. (iol/L/Dz)

 

Share on Myspace