Ramai kecam gadis bertudung dipeluk artis lelaki K-Pop

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ramai penggguna Facebook mengecam sikap beberapa gadis bertudung yang merelakan dirinya dipeluk oleh artis K-Pop dalam satu program semalam.

Video aksi tersebut telah dimuat naik di Youtube.

Beberapa blog turut mengecam perbuatan itu. Berikut ialah ulasan daripada blog greenboc.blogspot.com.

Sungguh mengejutkan. Konsert K-Pop yang bertajuk "Let’s Fly! with B1A4 & Acer" yang diadakan di Kulala Lumpur malam tadi telah menyaksikan beberapa insiden di mana gadis-gadis Melayu yang rata-ratanya bertudung telah naik ke pentas dan dicabul oleh anggota-angota K-Pop.

Anehnya, gadis-gadis Melayu tersebut seperti membiar dan merelakan diri mereka dicabul dan dipeluk serra diperlakukan dengan perbuatan tidak senonoh tersebut di depan khalayak ramai. Bukan seorang tetapi jika ditonton di dalam video berkenaan terdapat beberapa gadis Melayu bertudung melakukan perbuatan sumbang tersebut.

Apakah ini kesan peng'koreaan' oleh kerajaan Umno BN dan media-media yang begitu menonjolkan artis K-Pop di Malaysia? (Foto di atas daripada blog greenboc.blogspot.com)

Ulasan blog kitabantai.info seperti di bawah.

Sememangnya sangat menyedihkan apabila beberapa keping gambar seorang gadis bertudung dengan rela hati membiarkan dirinya dipeluk, dan kemudian dia memeluk semula anggota kumpulan Kpop, B1A4 di Mini Konsert KL Live, lewat malam tadi.

Kami tak tahu nak cakap aper dah, kalau dah minat sangat dengan artis Kpop memang sanggup buat apa sahaja untuk mendekati mereka. Inilah yang dikatakan taksub.

Beberapa gambar dan video yang memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi di internet. Gambar dan video tersebut telah mendapat respons dari netizen yang rata-rata mengkritik perbuatan tersebut.

Difahamkan, gadis-gadis tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam. - HARAKAHDAILY 11/1/2015

Share on Myspace