Mejar Zaidi: PAS bincang dalam mesyuarat pusat

| .

KUALA LUMPUR:  Isu Mejar Zaidi Ahmad yang dijatuhi hukuman buang kerja  atas dua tuduhan berhubung isu dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan dibawa ke Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya masih belum berbincang lagi isu ini dan akan mengetengahkan di dalam mesyuarat PAS Pusat akan datang.

Mohamad tidak menolak apa yang berlaku terhadap Mejar Zaidi  kerana PAS mahupun  Pakatan Rakyat jarang menang di mahkamah khususnya berkaitan kes-kes yang membabitkan pilihan raya.

"Kita akan terus menuntut kebebasan yang adil dalam pilihan raya. Bagi kita ini adalah cara Malaysia yang tidak memberi ketelusan tidak kira tentera ataupun polis," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaei Ismail dalam kenyataannya mengajak rakyat untuk menobatkan Mejar Zaidi sebagai ikon pejuang demokrasi dan ikon pejuang keamanan.

"Marilah bersama kita membantu beliau ketika beliau susah kerana beliau telah berjuang untuk hak kita dan generasi seterusnya," kata beliau.

Isu Mejar Zaidi, katanya, adalah lambang kepada pencabulan demokrasi malah Mejar Zaidi dan penyokongnya akan kekal memperjuangkan hak demokrasi kerana mereka orang terdidik.

Tegas Nasaei,  jika demokrasi yang ada pada hari ini kekal dicabul, dirosakkan, maka pemerintahlah yang membuka pintu rakyat Malaysia untuk bertindak di luar batas demokrasi sehingga menjadi militan.

"Kita menolak perjuangan luar batas demokrasi, kita mahukan keamanan. Tetapi kerajaan mesti bertanggungjawab. Pokoknya isu dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya bohong. Ianya tidak kekal. Boleh dipadamkan dan berpotensi mengundi kali kedua,"katanya.

Sebelum ini, Mejar Zaidi yang membuat pendedahan dakwat kekal dalam pengundian tahun 2013 dahulu 'tidak kekal' dijatuhkan hukuman bersalah kerana mengeluar kenyataan media tanpa kebenaran Majlis ATM.

Mejar Zaidi dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tentera, keputusan itu dibuat oleh lima panel diketuai Yang Dipertua Mahkamah Tentera Kolonel Saadon Hasnan selepas mendapati tertuduh bersalah terhadap pertuduhan itu.

Zaidi didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera, tanpa mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan.

Share on Myspace