Anti-keganasan: Erdogen sindir Netanyahu

HARAKAHDAILY | .

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan menyindir penyertaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam acara perarakan anti-keganasan pada minggu (11/01) di ibu negara Paris, dan mengatakan "bagaimana mungkin seseorang yang telah membunuh ribuan warga Gaza datang dalam acara tersebut? Saya masih belum dapat memahaminya".

Memetik laman web Eramuslim, kenyataan itu dilontarkan Erdogan dalam sidang akhbar bersama dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang datang berkunjung ke ibu negara Turki, Ankara semalam.

Dalam kenyataan itu, Erdogan berkata "bagaimana anda melihat seorang pengganas yang telah mengorbankan 2,500 orang di Gaza dan kemudian melambaikan tangannya seolah-olah orang sedang menunggu kedatangannya dengan bersemangat?"

Erdogan menekankan bahawa permasalahan di Palestin merupakan inti masalah yang ada di Timur Tengah dan berkata "pencapaian perdamaian abadi di wilayah tersebut adalah berdasarkan pada pembentukan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat sesuai sempadan tahun 1967 dengan modal di Jerusalem Timur".

Selain itu Erdogan juga mengkritik sikap Majlis Keselamatan PBB dan menyebutnya tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka atas sikap sewenang-wenangnya Israel atas bangsa Palestin. (Rassd/Ram)

Artikel ini bekerjasama dengan eramuslim digest:

Share on Myspace