Presiden PAS ziarah pusara Tun Abdul Rahman

HARAKAHDAILY | .

KUCHING: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menziarahi pusara mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak Keempat, Almarhum Tun Abdul Rahman Ya'kub di sini, hari ini.

Pada kesempatan itu beliau turut berkunjung ke kediaman Almarhum menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Tun.

Kehadiran Tuan Guru telah disambut isteri Tun termasuk anak perempuannya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Norah Abdul Rahman.

Tun Abdul Rahman, 87, yang juga mantan Ketua Menteri Sarawak Ketiga disahkan meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Pakar Normah, Petrajaya di sini malam Khamis lalu.

Turut serta pada kunjungan itu ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Setiasaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - HARAKAHDAILY 13/1/2015

Share on Myspace