12 info Perumahan Rakyat Budiman

SUHAIZAN KAIAT | .

1. Perumahan Rakyat Budiman (PRB) berusaha sebaik mungkin memenuhi keperluan 5% dari jumlah mangsa yang kehilangan rumah (total loss) iaitu seramai 2,677. Sebahagiannya tinggal tangga dan tapak.

2. Konsep Rumah Kekal mengikut model Rumah Dhu'afak Kelantan. Bersize 34'x24'. 3 Bilik, ruang tamu, dapur, tandas dan beranda.

3. Kos sebuah menjangkau RM35,000 hingga RM40,000 dibiayaai masyarakat awam. "Daripada Rakyat yang Budiman, untuk mereka yang memerlukan".

4. Diuruskan oleh Pemuda PAS Malaysia, di bawah pengawasan Kerajaan Kelantan untuk memastikan keseragaman & keperluan perumahan mangsa.

5. PRB proses bantuan mudah, ringkas, cepat dan berkesan. Cuba elakkan birokrasi yang melampau dengan keperluan mangsa yang mendesak.

6. Rumah Budiman yang dibina mendapat nasihat daripada konsultan kejuruteraan, arkitek, penasihat teknikal dan peguam yang mahir dalam urusan pembinaan rumah bagi memastikan rumah yang dibina mencapai kualiti yang sesuai dengan harganya.

7. Konsep 'Buat dan Sumbang'. Modal diusahakan oleh Pemuda PAS, kemudian dibuka untuk sumbangan awam.

8. Sumbangan boleh dibuat untuk sebuah rumah atau sebahagian atau mana-mana rumah. Konsep 'Sumbangan Lot' dengan minima RM10,000 satu lot. Nama penyumbang dalam nilai yang besar akan dipamerkan di hadapan rumah PRB. Alhamdulillah telah ada pihak-pihak yang mula menyumbang untuk sebuah rumah.

9. Cadangan lain juga untuk dilaksana ialah konsep 'Bina Sendiri'. Penyumbang bina sendiri rumah mangsa mengikut pelan yang ditetapkan.

10. Konsep 'Sumbangan Terus' boleh disalurkan ke Akaun Maybank 564025400100 (Tabung Kemanusiaan Pemuda).

11. Tabung ini akan diaudit setiap bulan oleh akauntan bertauliah dan laporannya akan didedahkan kepada masyarakat melalui media.

12. Hotline PRB. 019-2447172. Penyumbang boleh menyemak kemajuan projek di www.rumahbudiman.com. Sumbangan dan cadangan sangat dialu-alukan. - HARAKAHDAILY 14/1/2015

Share on Myspace