Itali awasi masjid pasca insiden berdarah di Paris

HARAKAHDAILY | .

BEBERAPA sumber pejabat Itali mendedahkan bahawa kerajaan akan mengetatkan dan mengambil langkah keselamatan baru terhadap sejumlah masjid yang dianggap provokatif, pasca insiden berdarah di ibu negara Perancis pada minggu lalu, lapor laman web Eramuslim.

Pegawai tersebut mengatakan bahawa program yang akan terus diambil alih oleh badan perisikan Itali SISMI (Servizio per le Informazioni e la Sicurezza Militare atau Military Intelligence and Security Service).

Program tersebut nantinya akan mengetatkan kawalan keselamatan dan pengawasan terhadap sejumlah masjid yang sering digunakan kegiatan oleh orang-orang salafi, yang akan bermula dari Pusat Kebudayaan Islam di Milan hingga ke bandar Catanzaro di wilayah selatan Itali.

Berikut beberapa nama masjid yang akan diawasi oleh SISMI, Masjid al-Huda di bandar Rome, Medan Large di bandar Napoli, Masjid Bomenty PET di bandar Belluno dan Masjid Dominico Pino di bandar Como di utara Itali.

Pegawai yang tidak mahu disebutkan namanya itu menambah bahawa program pengawasan juga akan memonitor 53 orang warga Itali yang belum dewasa. (Shorouk/Ram)

Artikel ini bekerjasama dengan eramuslim digest:

Share on Myspace