Misi hari ini, saya diajak oleh Harakah - Abby Abadi

SALMIYAH HARUN | FOTO M NASIR | .

 

KUALA LUMPUR: Mengikuti misi kemanusiaan, bagi personaliti Abby Abadi ialah sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Malah, beliau begitu suka melakukan kerja-kerja sosial dan tidak pernah menganggap ia sesatu yang membebankan.

"Kebanyakan program amal dan misi seperti ini saya tidak akan lepaskan peluang. Sesiapa yang ajak dan jika saya berkelapangan insya-Allah saya akan ikut.

"Misi hari ini, saya dijemput oleh Harakah dengan berkerjasama Muslim Care, jadi saya ikutlah," katanya yang dilantik sebagai Duta Misi Kemanusiaan Harakah.

Bagi Abby, misi ini bukan misi yang terakhir dan beliau bersedia untuk mengikutinya lagi.

"Saya mengambil semangat daripada misi ini untuk menolong sedaya yang mampu. Tambah lagi di Kelantan semuanya hilang sekelip mata dan diluar jangka akal," katanya.

Beliau ditemui ketika proses memunggah barangan bantuan ke dalam lori di pekarangan pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat.

Misi bantuan kemanusiaan ini diketuai oleh Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop. – HARAKAHDAILY 15/1/2015

Share on Myspace