Makcik Wahidah turut bantu mangsa banjir di Kelantan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mangsa perobohan rumah di Kampung Chubadak Kuala Lumpur, Makcik Wahidah dan suaminya, Haji Halim telah mencetuskan rasa terharu kepada Pemuda PAS apabila turut menyampaikan sumbangan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Sumbangan daripada seluruh ahli keluarganya itu untuk membantu mangsa banjir di Kelantan bagi keperluan harian dan membina Perumahan Rakyat Budiman.

Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, lebih mengharukan apabila pasangan tersebut datang sendiri ke Pejabat Agung PAS bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

"Mereka datang pada 10 Januari lalu. Allahu Akbar," katanya yang turut mencatatkan 'anda masih ingat Makcik Wahidah Kampung Chubadak?' menerusi facebook.

Lagi cerita bantuan kepada mangsa banjir dalam akhbar HARAKAH BIL 2013.

Share on Myspace