RM2.6 juta: Tindakan susulan diumum minggu depan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tindakan selanjutnya akan diambil Kerajaan Negeri Selangor terhadap lapan pembantu bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan isu bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta hanya akan diumum minggu depan.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ia bagi memberi peluang kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin serta tujuh yang lain untuk memulangkan pampasan itu sebelum tempoh 14 hari tamat, lapor Selangor Kini.

“Mereka diberikan dua minggu dan selepas tempoh itu baru kerajaan negeri dan MBI akan mengambil pendirian untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Azmin berkata kesemua pembantu Abdul Khalid itu berhak menyatakan pendirian masing-masing berhubung isu tersebut.

“Itu hak mereka. Saya tidak tahu. Mereka diberikan tempoh dua minggu dan selepas dua minggu baru kerajaan negeri dan MBI akan mengambil pendirian untuk tindakan selanjutnya.

“Kita harus menghormati tempoh yang telah diberikan,” katanya.

Share on Myspace