Jutaan umat Islam protes Charlie Hebdo hina Nabi

HARAKAHDAILY | .

JUTAAN umat Muslim di pelbagai negara Arab mengadakan tunjuk perasaan membela Nabi Muhammad SAW semalam sebagai bentuk protes keras terhadap penerbitan semula majalah Charlie Hebdo yang memuatkan kartun penutup para nabi.

Dalam tindakan umat Islam mengutuk penerbitan semula gambar karikatur Nabi Muhammad oleh majalah satir Charlie Hebdo dan menyatakan bahawa kebebasan akhbar bukan bererti kebebasan untuk menghina.

Laman web Eramuslim melaporkan beberapa umat Islam di beberapa bandar utama yang mengadakan tunjuk perasaan:

Baitul Maqdis
Di bawah hawa dingin dan hujan lebat, warga Palestin menggelar aksi protes menentang penerbitan semula majalah Charlie Hebdo yang berlangsung selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa.

Dalam aksinya ribuan umat Islam melaungkan slogan-slogan "Muhammad adalah pemimpin kami selamanya" dan "Allah adalah tujuan kami, Al-Quran adalah pedoman kami, Nabi Muhammad adalah suri tauladan kami, dan mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi. Allahu Akbar."

Warga Palestin juga beberapa membawa sepanduk besar bertulis "Muhammad adalah utusan Allah dan pemimpin umat Islam selamanya" dan "Fidaka Umi dan Abi yaa Rasulullah."

Algiers, Algeria
Ratusan ribu umat Muslim menggelar aksi unjuk rasa dengan tema membela Nabi Muhammad pasca pelaksanaan solat Jumaat dan berakhir bertempur.

Dalam tindakan para penunjuk perasaan melaungkan slogan "tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah" sambil melambaikan kain rentang bertulis "kita semua adalah Muhammad" penunjuk perasaan berjalan melewati bangunan Parlimen Algeria yang kemudian dibubarkan paksa oleh aparat keamanan setempat.

Tunisia
Di Tunisia puluhan mahasiswa berkumpul di depan teater bandar Tunis untuk membantah karikatur Nabi Muhammad dalam terbitan terbaru majalah satir Charlie Hebdo.

Umat Islam Tunisia meneriakan slogan "Kami adalah keturunan Rasulullah" dan "Kami adalah pembelamu ya Rasul Allah" serta "Kita semua adalah Muhammad".

Amman, Jordan
Di Jordan ribuan umat Muslim berkumpul di depan Masjid Al-Husseini di pusat bandar Amman selepas menunaikan solat Jumaat. (Foto atas)

Tindakan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Nasional Jordan untuk Sokongan Nabi diikuti oleh ahli Parlimen Jordan serta sejumlah pemimpin suku Jordan dan pemimpin Ikhwan Muslimin.

Ahli Parlimen Jordan, Sinead meminta kerajaan Perancis untuk mempertimbangkan kembali dasar mereka yang membenarkan penghinaan terhadap simbol agama Islam ataupun agama lain.

Sinead juga menggesa negara-negara Islam dan kerajaan dunia untuk membuat undang-undang yang melarang penistaan terhadap agama.

Khartoum, Sudan
Ribuan warga Muslim Sudan berkumpul di Masjid Kabir untuk ikut dalam perarakan tunjuk perasaan membela Rasul selepas menunaikan solat Jumaat.

Dalam tindakan para penunjuk perasaan membawa kain rentang bertulis "kematian bagi warga Perancis Charlie Hebdo dan kami menuntut kerajaan Paris untuk meminta maaf ".

Iskandariah, Mesir
Ribuan warga Muslim Mesir menggelar aksi unjuk rasa di bandar tepi pantai Iskandariah dengan membawa kain rentang bertulis "Nabi Muhammad Nabi rahmat bagi alam semesta", "Sholawat selalu tercurahkan kepada nabi Muhammad". (Rassd/Ram)

Share on Myspace