Hati menjadi sayu terlihat sebuah Camry - Tuan Ibrahim

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tiba-tiba hati Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi sayu apabila terlihat sebuah kereta Camry.

Ini kerana model kereta itu pernah digunakan oleh Allahyarham Datuk Abu Bakar.

"Hati terus teringatkan beliau yang kini sudah tiada bersama kita," tulis beliau menerusi facebook, kelmarin.

Ustaz Abu Bakar meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi 23 Jun 2014.

Berikut tulisan Tuan Ibrahim.

Dalam perjalanan ke Perlis bagi menghadiri program Harian Pusat hati ini tiba-tiba hati menjadi sayu, sedih bila terlihat sebuah Camry model yang diguna oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Hati terus teringatkan beliau yang kini sudah tiada bersama kita.

Semoga Allah rahmat ke atas rohnya, menerima segala amal sepanjang hidupnya.

Ya Allah ampunilah dosa dan kesalahan semua pimpinan kami yang terdahulu menemuiMu. Janganlah Engkau beban mereka di akhirat setelah beratnya bebanan jamaah dan ummah ini yang dipikul ke atas bahu mereka sepanjang kehidupan mereka.

Ya Allah aku merindui mereka keranaMu. Rahmatilah mereka di alam barzakh sana. - HARAKAHDAILY 17/1/2015

Share on Myspace