Pelaburan: CEO 1MDB perlu beri keterangan kepada PAC

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy perlu memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai pelaburan syarikat itu jika benar bersih dan telus seperti didakwanya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, ia perlu dibuat memandangkan ‘penelitian awam mengenai 1MDB merupakan perkara yang baik’, dan Arul perlu menawarkan diri menjelaskan kepada PAC bagi ‘mengukuhkan syarikat dan urusan pentadbirannya’.

“Bagi mengelak dari sebarang tuduhan kononnya saya mempunyai agenda politik bertujuan memutarbelit dan memanipulasi 1MDB, lebih baik Arul memberi keterangan kepada PAC.

“PAC terdiri daripada tujuh pemimpin BN dan lima Pakatan Rakyat, wakil yang dilantik ini tidak boleh dituduh berat sebelah serta dilihat lebih adil,” katanya dipetik Roketkini.

Tambahnya, penjelasan dan pertemuan bersama PAC penting bagi menjawab pelbagai penyelewengan 1MDB supaya rakyat Malaysia mendapat maklumat penuh mengenainya.

Share on Myspace