Cafcaf vs Charlie Hebdo: Tiada apa yang diampun

HARAKAHDAILY | .

Cafcaf, majalah satira terbitan Turki yang merupakan satu-satunya penerbitan di negara tersebut yang menekankan pada nilai-nilai Islam telah mencabar keangkuhan Charlie Hebdo dengan cover yang bijak, demikian menurut World Bulletin.

Majalah Cafcaf dengan tegas menanggapi pernyataan Charlie Hebdo dengan menuliskan kalimat "Non, rien n'est pardonne" yang ertinya "Tidak, tidak ada yang telah dimaafkan", lapor laman web Eramuslim.com.

"Keangkuhan yang telah menjadi kebiasaan budaya Eropah yang menganggap mereka lebih baik berbanding orang lain seterusnya telah menimbulkan respons yang signifikan dari seluruh dunia," jelas majalah Cafcaf.

Seperti diketahui, dalam penerbitan terbaru Charlie Hebdo yang habis 5 juta naskhah, mereka telah memuatkan karikatur yang dikatakan menggambarkan Nabi SAW tengah menumpahkan air mata dan memegang sebuah tanda yang bertuliskan "Je suis Charlie", sebuah mesej perpaduan dengan para korban. Di atas kartun itu tertulis kalimat, "Semua dimaafkan".

Untuk menghadapi keangkuhan Charlie Hebdo, Majalah Cafcaf memuatkan gambar karikatur yang menunjukkan orang-orang tertindas di Dunia Islam seperti di Afghanistan, Gaza, Chechnya, Iraq, Syria, Mesir dan China dengan seorang anak Palestin berada di depan dengan bersimbah darah mengatakan "tidak ada yang akan diampunkan". (rz)

Share on Myspace