Cabaran dakwah, muncung senapang di kepala

| .

PELUANG menjejakkan kaki ke Sabah dua tahun lalu, tidak penulis lepaskan malah igauan dan kisah sedihnya masih bergelumang dalam fikiran sehingga hari ini. Sebuah negeri kaya raya namun apabila dilihat dengan saksi mata, sebilangan besar penduduknya ada yang hidup tak tumpah umpama zaman sebelum kemerdekaan.

Tiada bekalan air sempurna, pekerjaan dan sumber pendapatan tidak menentu. Ada yang melarat malah tidak mempunyai pengenalan diri. Kanak-kanak tidak bersekolah dan lebih ramai yang tinggal di rumah yang hampir rebah.

Tidak mungkin penulis lupakan, ketika dibawa melihat sebahagian rumah atas air Kampung Cenderamata, Batu Sapi, yang musnah dijilat api pada hari pertama Syawal lalu. Rombongan kami, yang kebetulan lewat tiba, ketika azan Maghrib hampir berkumandang, disambut penuh harapan.

Jelas sekali impian besar mereka mahu masalah yang menghimpit dapat diberi liputan meluas oleh pihak media, khususnya Harakah, agar penyelesaian tuntas dapat disegerakan.

Di Kampung Karamunting, rumah atas air, ramai yang terperosok dalam lingkaran ganas kemiskinan. Kegigihan seorang penduduk, Harun Latif bersama isterinya membuka kelas untuk anak-anak yang tercicir mengejutkan.

Berdepan dengan masalah himpitan kewangan masyarakat yang sangat memerlukan, mereka secara percuma mengajar agama, paling tidak mengenal huruf al-Quran kepada generasi yang mendatang.

Osman Jailani, bukan nama sebenar, berasal dari Padang Terap, Kedah menceritakan antara pengalaman pahit manis menyampaikan dakwah di Sandakan selama lima tahun.

Osman menceritakan detik cemas apabila disekat dan ditahan sekumpulan orang bertopeng dengan senjata api di tengah jalan setelah balik menyampaikan kuliah agama.

Muncung senapang dihala ke kepalanya, namun setelah bersoal jawab mereka dilepaskan dengan pelbagai ugutan.

Kisah selanjutnya dalam akhbar HARAKAH BIL 2015 edisi Jumaat ini.

Share on Myspace