Barat tidak adil terhadap Muslim - sejarawan Yahudi

HARAKAHDAILY | .

PENYIASAT, pemerhati politik, dan sejarah berdarah Yahudi yang sangat anti terhadap Zionisme, Noam Chomsky baru-baru ini mengatakan jika Barat telah melakukan ketidakadilan terhadap kaum Muslimin di dunia.

Kes Charlie Hebdo dan akibatnya kes itu sampai saat ini telah membuat berjuta-juta kaum Muslimin ketakutan oleh pelbagai keganasan yang mereka terima dari orang-orang yang terprovokasi kes Charlie Hebdo yang kuat dugaan kerjaan orang dalam (inside job).

"Dunia telah mengutuk serangan Paris, namun dunia melupakan pembunuhan kejam yang pernah berlaku menimpa kaum Muslim di Serbia, Iraq, dan terhadap Muslim Palestin yang dilakukan oleh pengganas zionis-Israel," tegas Chomsky dipetik Eramuslim.com.

Chomsky yang juga berdarah Yahudi menyinggung perbezaan respons antara kes Charlie Hebdo dengan pembunuhan 77 orang remaja Norway oleh Anders Breivik di tahun 2001. Anders Breivik adalah seorang pelampau Kristian ultra-Zionis yang sangat memusuhi Islam.

"Mengapa dunia tidak seheboh ini ketika tahun 2001 seorang pengganas Kristian dan penyokong rejim Zionis-Israel membantai 77 anak-anak di Norway?" Kecam Chomsky. (rz)

Share on Myspace