Hospital sedia nasi air untuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah kesihatan ayahanda terus meningkat lebih baik. Pagi ini kami dapat lebih banyak berkomunikasi dengannya," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menulis di facebook petang ini, beliau memberitahu ayahandanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta untuk makan dan pihak hospital telah menyediakan nasi air.

Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Alhamdulillah kesihatan ayahanda terus meningkat lebih baik. Pagi ini kami dapat lebih banyak berkomunikasi dengannya. Ayahanda minta untuk makan dan pihak hospital telah menyediakan nasi air.

Oleh kerana semalam ramai tetamu yang masuk ziarah, ayahanda batuk sedikit. Justeru doktor menasihati agar para pelawat hanya diizin untuk melihat dari luar bilik sahaja untuk mengelak jangkitan.

Jika keadaan bertambah baik, petang ini doktor mungkin akan membuang bantuan pernafasan daripada ayahanda. Doktor belum menggunakan perkataan 'sihat', sekadar ada perkembangan positif.

Terima kasih daripada kami pihak keluarga atas doa seluruh rakyat Malaysia. Saya pula minta maaf atas kelewatan up date. Demam hari ini.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
22 Januari 2015 / 01 Rabiul Akhir 1436H
450 pm

Share on Myspace