Kesihatan Tuan Guru Nik Aziz baik, lebih selesa untuk rehat

HARAKAHDAILY | .

https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xfa1/v/t1.0-1/c17.80.172.172/s160x160/23500_363784402591_8045637_n.jpg?oh=6e2af18e7e9f6b8f179a4f68c6b320a7&oe=5561BC4F&__gda__=1428850461_d65a86c8f8815e24e038e2a70deb73ffKUALA LUMPUR: Kesihatan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini baik, lebih selesa untuk rehat berbanding semalam.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, pihak doktor meminta supaya dikurangkan jumlah lawatan untuk memberi keselesaan kepada ayahandanya.

Tambah beliau, saluran pernafasan masih tidak boleh dipisahkan ayahandanya masih lemah tanpanya.

"Harapan kami keluarga, semua pihak tidak berkecil hati jika tidak mendapat 'keistimewaan'. Sihat nanti, anda semua adalah VIP kami insya Allah.

"Terima kasih dan mari berdoa untuk ayahanda kami dan anda juga," tulisnya menerusi facebook malam ini. - HARAKAHDAILY 24/1/2015

 

 

Share on Myspace