Polis Mesir tangkap anak lelaki pemimpin Ikhwan

HARAKAHDAILY | .

POLIS Mesir menangkap anak lelaki pemimpin Ikhwan Muslimin pada Jumaat lalu, lapor Anadolu Agency.

Keluarga Muhammad al-Beltagi yang menjabat sebagai ketua pejabat parti Ikhwan Muslimin di ibu negara Mesir Kaherah, berkata dalam satu kenyataan Sabtu kelmarin (24/1/2015) bahawa anaknya, Khalid telah ditangkap oleh polis.

Memetik laporan Islampos, pihak keluarga menambah bahawa polis menyerbu rumah al-Beltagi di Kaherah pada hari Jumaat lalu dan menangkap Khalid yang masih berusia 16 tahun.

"Ini adalah tindakan balas dendam terhadap ahli keluarga yang lain," kata pihak keluarga dalam satu kenyataan.

Al-Beltagi sendiri telah berada di penjara selama lebih dari satu tahun. Dirinya menghadapi tuduhan menghasut tindakan kekerasan. Putra sulungnya, Anas juga berada di penjara.

Putri Al-Beltagi, Asmaa gugur padaa bulan Ogos 2013 ketika polis Mesir menyuraikan kem protes menyokong bekas Presiden Muhammad Mursi di Kaherah timur.

Sementara itu, sumber mahkamah berkata bahawa Khalid menghadapi beberapa tuduhan, termasuk menghasut rusuhan, kecurian dan bergabung dengan organisasi pengganas. [Fq/islampos]

Share on Myspace