Zionis musnah 590 rumah warga Palestin tahun lepas

HARAKAHDAILY | .

Pejabat Koordinasi Kemanusiaan PBB di Palestin menyatakan bahawa kerajaan Zionis Israel telah menghancurkan 590 rumah warga Palestin di Kota Jerusalem Timur dan daerah G sepanjang tahun 2014 lalu, lapor Eramuslim.com.

Sebanyak 1,177 warga Palestin harus menjadi pelarian akibat dasar kerajaan Zionis Israel tersebut, ujar Pejabat Koordinasi Kemanusiaan PBB dalam laporannya, semalam.

Pejabat Koordinasi Kemanusiaan PBB menjelaskan bahawa daerah G yang merupakan sebahagian dari wilayah Tebing Barat Palestin kini kira-kira 60% lebih telah dirampas oleh penjajah Israel.

Sebelumnya antara tanggal 20-23 Januari lalu sebanyak 42 rumah milik warga Palestin di bandar Ramallah, Jericho, Jerusalem dan Hebron dirobohkan oleh penjajah Israel. (Alarabiya/Ram)

Berikut foto-foto jentolak Israel menghancurkan rumah warga Palestin:

Share on Myspace