Penyiksaan tahanan remaja Palestin terus meningkat

HARAKAHDAILY | .

 

WAKIL daripada tahanan remaja di penjara Hasharon Israel, Amin Ziyadeh mengatakan bahawa penyiksaan terhadap tahanan remaja Palestin terus meningkat. Demikian seperti yang dilapor oleh PIC, semalam.

Fawwaz al-Shaloudi, salah seorang peguam di kumpulan tahanan Palestin berkata, menurut anak-anak Palestin Ziyadeh, penjaga penjara Israel melakukan kesalahan terutama apabila memindahkan mereka ke penjara lain.

Memetik laporan Islampos, kes terbaru adalah tahanan Malik Hamdan, 17, dari Jerusalem telah diseksa oleh ahli pasukan khusus Israel, Nahason ketika dipindahkan ke penjara lain.

Dia dipukul bermula dari wajah hingga bahagian tubuh lain. Dia pun segera dikejarkan ke rumah sakit penjara Ramleh. Salah seorang tahanan juga mengajukan keluhan dalam hal ini, kata peguam.

Jumlahnya, tentera Israel menahan 38 anak Palestin di bawah umur di penjara Hasharon, 71 warga di Megido dan 84 yang lain di penjara Ofer. [hr/islampos]

 

Share on Myspace