Gadis Palestin jadi tahanan termuda di penjara Israel

HARAKAHDAILY | .

SEORANG gadis Palestin berusia 14 tahun menjadi tahanan termuda di penjara Israel selepas mahkamah Israel menjatuhkan hukuman dua bulan penjara serta denda sebanyak 6,000 shekel (kira-kira $1500) terhadap dirinya, lapor sebuah NGO Palestin, semalam.

Pusat Pengajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ahrar berasaskan di Ramallah mengatakan Malak al-Khatib, yang dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah minggu ini adalah anak bongsu daripada kira-kira 280 anak Palestin yang berada di penjara Israel.

"Israel telah mensasarkan anak-anak Palestin selama bertahun-tahun," ujar pengarah pusat, Fouad Khuffash kepada Anadolu Agency.

"Kesalahan Israel terhadap Palestin pada umumnya dan anak-anak khususnya seharusnya tidak terjadi," tambahnya dipetik Islampos.

Dia berkata NGOnya telah memulakan kempen baru untuk melobi pembebasan al-Khatib dari penjara Israel.

Gadis 14 tahun itu ditahan oleh pasukan Israel pada tarikh 31 Disember 2014 lalu dalam perjalanan pulang dari sekolah di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Pada hari Rabu lalu, mahkamah Israel menghukum dia kerana melemparkan batu ke arah pasukan Israel, menyekat jalan utama di Tebing Barat dan mempunyai pisau, menurut ayahnya.

Ali al-Khatib berkata puterinya dibawa ke mahkamah dengan tangan dan kaki digari.

"Ketika hakim membacakan putusan, saya melihat Malak menggigil kedinginan," kata ayah gadis itu kepada AA.

"Bagaimana mungkin anak 14 tahun melakukan perbuatan ini? " tanya ibu gadis itu, Khawla al-Khatib.

"Semua dakwaan ini hanya dibuat-buat," katanya. [Fq/islampos]

Share on Myspace