Anwar berdoa agar dibebaskan 10 Feb

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima maklumat yang menyatakan Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari hadapan sebagai tarikh penghakiman bagi rayuan kes beliau di peringkat Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya.

"Berdasarkan penghujahan pasukan guaman, saya yakin akan dibebaskan berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Bagi Ketua Umum PKR itu, fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara.

"Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/1/2015

Share on Myspace