Tidak stabil, Jerman henti jual senjata kepada Saudi

| .

DI TENGAH proses peralihan kekuasaan di Arab Saudi setelah Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud mangkat pada hari Jumaat lalu, pemerintah Jerman memutuskan untuk menghentikan penjualan senjata kepada negara yang kaya dengan minyak tersebut.

Dalam pemberitaan akhbar popular Jerman, Bild, semalam menyatakan, “Pemerintah Berlin beralasan bahawa eksport senjata ke Arab Saudi dilakukan kerana kurangnya kestabilan di kawasan tersebut, lapor Eramuslim.com.

Akhbar Bild menjelaskan bahawa keputusan yang dikeluarkan sejak Rabu lalu telah dipersetujui oleh Dewan Keamanan Federal yang terdiri dari Canselor Angela Merkel, dan Wakil Canselor Sosialis Demokrat Sigmar Gabriel beserta tujuh menteri lainnya.

Menurut sumber pemerintahan yang berhasil diwawancara oleh Bild mengatakan, “situasi di wilayah Timur Tengah yang tidak stabil menjadi penyebab menghentikan penjualan senjata kepada Arab Saudi.”

Sumber tersebut menambah, pemerintah Berlin akan segera membahaskan sama ada pemberhentian penjualan tersebut sementara waktu atau kekal.

Sementara itu dalam undian pendapat yang dilakukan oleh Institut Omnad menyatakan bahawa 60% warga Jerman menuntut pemerintah Berlin untuk segera menghentikan eksport senjata ke Arab Saudi.

Dalam hasil undian pendapat tersebut para responden beralasan bahawa pelanggaran hak asasi manusia oleh Kerajaan Saudi menjadi alasan utama pemerintah Berlin harus segera menghentikan eksport senjata ke negara kaya minyak tersebut.

Perlu diketahui bahawa Arab Saudi adalah salah satu negara pembeli setia senjata asal Jerman. Tercatat pada tahun 2013 lalu pemerintah Arab Saudi telah membeli senjata bernilai 360 juta Euro daripada Jerman. (Alarabiya/Ram).

Share on Myspace