Bagaimana puak Najib nak kritik Mahathir kalau leka

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bagaimana puak Datuk Seri Najib Razak hendak mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Daim Zainuddin dengan betul kerana puak Najib sendiri sedang leka dan lalai dan terus menerus melakukan apa yang tidak disukai rakyat sekarang ini.

"Di sebaliknya juga bagaimana puak Mahathir dan Daim pula hendak mengkritik Najib secara ‘credible’ kerana puak ini merupakan puak yang telah membina budaya ‘material’ yang sedang menguasai jiwa dan pemikiran ahli-ahli politik dan pemimpin negara kita sekarang ini?" tulis Aspan Alias dalam blognya.

Sekarang, ujarnya mereka menghadapi tuduhan dan persepsi buruk dengan kekayaan dan perniagaan besar mereka dalam sedang berkelahi dalam usia yang sudah begitu lanjut yang sepatutnya berada dalam ketenangan dalam persaraan.

"Kita tidaklah kisah dengan pergaduhan mereka tetapi dengan pergaduhan ini kita telah dapat meyakinkan diri kita yang salah laku yang dituduh mereka lakukan semasa berkuasa dahulu semakin hari semakin jelas kerana ada pihak yang berani tampil untuk memberikan keterangan jika dipanggil bagi menyempurnakan penyiasatan," tambahnya.

Menurutnya, yang terlibat dalam pergaduhan ini adalah mereka yang besar-besar bernama dan bergelar.

"Yang bergelar Tun pun ada, Tan Sri pun ada dan ramai yang datuk-datuk dan nama panggilan yang lain yang semuanya besar-besar belaka," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 27/1/2015

Artikel penuh

Share on Myspace