Kalau tutup kepala sudah tenang, tutup aurat - Raisyyah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas model, Raisyyah Rania Yeap berhijab sewaktu belum menganut Islam kerana merasakan selamat dengan berbuat demikian.

Menurutnya, kini beliau berhijab bukan kerana rasa selamat, tenang dan terlindung sebaliknya bangga menjadi muslimah.

Beliau menyatakan demikian menerusi facebooknya, sebagaimana di bawah.

Dulu saya berhijab (sewaktu masih non-Muslim) hanya kerana saya rasa selamat, tenang dan terlindung.

Tapi kini...saya berhijab bukan hanya kerana saya rasa selamat, tenang dan terlindung...tetapi juga kerana saya bangga menjadi Muslimah dan kerana saya mencari redha Allah SWT.

Alhamdulillah.

Kalau kain yang menutupi kepala ku sudah pun mampu memberi ketenangan pada ku...bagaimana pula dengan seluruh ajaran agama yang menyuruh umatnya menutupi aurat? - HARAKAHDAILY 27/1/2015

Share on Myspace