Doa Syeikh Muhammad Ali Sobuni untuk TG Nik Aziz

| .

KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan Musyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendapat perhatian seorang ulama dan ahli tafsir terkenal Syeikh Muhammad Ali Sobuni.

Selepas mengetahui tahap kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu semakin merosot, Syeikh Ali Sobuni mengutuskan surat kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Syeikh Ali Sobuni juga berumur dalam lingkungan yang sama dengan Tuan Guru.

Dalam Surat tersebut, Syeikh Ali Sobuni mendoakan agar Tuan Guru sembuh dan sihat dengan kehendak Allah SWT.

Beliau menambah, apa yang ditimpa kepada Tuan Guru itu adalah ujian dari Allah yang akan diberi ganjaran kepada mereka yang ditimpa musibah olehNYA.

" Orang yang diuji oleh Allah ialah orang yang dicintai oleh Allah.

"Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah Taala apabila Allah memuliakan kamu dengan berkhidmat kepada Agamanya, Kitabnya dan UmatNya. Dan Sesungguhnya aku mendoakan kepada Allah Yang Maha Besar Yang Memiliki Arasy yang Agung, untuk menyembuhkan kamu, dan selamanya menolong kamu atas kelebihannya dan memberikan kepada kamu pemberian dan kesihatan yang afiat.

"Dan Dia Mengakhiri hidup kita semua atas Iman. Sesungguhnya Dia Maha mengabulkan Permintaan," katanya dalam surat tersebut seperti dipetik Malaysia Transform Daily. - HARAKAHDAILY 27/1/2015

Share on Myspace