Tangguh PLKN, ke mana perginya lebihan RM212 juta?

| .

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa menjelaskan ke mana perginya lebihan RM212 juta daripada penjimatan akibat penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Akmal Nasir berkata, Hishammuddin seharusnya mengambil langkah proaktif untuk menjelaskan mengapa hanya RM400 juta iaitu 65% daripada anggaran perbelanjaan sebanyak RM612 juta seperti yang disebut dalam bajet 2015, mampu dijimatkan akibat penangguhan PLKN tahun 2015.

"Kenapa Menteri Pertahanan jelas amat bersungguh-sungguh memberi jaminan kepada operator-operator kem serta jurulatih bahawa pendapatan mereka tidak akan terjejas walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan?

"Berapakah jumlah semua kakitangan dan operator-operator yang akan dijamin pendapatan mereka dan berapakah kosnya walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan?" soal belaiu dalam satu kenyataan hari ini.

Menjawab kenyataan Ketua Pengarah PLKN, Dato Mohamed Asri Yusof bahawa beliau masih belum membuat keputusan muktamad mengenai kontrak basnya yang dikatakan bernilai RM165 juta, Akmal merujuk kembali kepada pengumuman syarikat Gunung Capital kepada Bursa Malaysia bertarikh 29 Disember 2014.

Beliau yang juga Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) berkata, mengikut terma dan syarat dalam pengumuman tersebut, pihak PLKN hanya dibenarkan maksima sebanyak 20 buah bas untuk kegunaan kakitangan dan jurulatih.

"Berdasarkan nilai kontrak RM 165 juta yang dianugerahkan kepada Gunung Capital bagi penyediaan 416 buah bas untuk tempoh tiga tahun, perbelanjaan yang dibenarkan untuk 20 buah bas bagi kegunaan kakitangan dan jurulatih sepanjang tempoh penangguhan PLKN tahun 2015 adalah hanya RM 1,321,729.85," katanya. - HARAKAHDAILY 28/1/2015 

Share on Myspace