Amerika sekat misi bantuan pengasas Mavi Marmara

HARAKAHDAILY | .

KERAJAAN Amerika Syarikat, semalam memutuskan untuk menghentikan kegiatan institusi bantuan sosial Insani Yardim Vakfi (IHH - Yayasan Bantuan Kemanusiaan) Turki selepas dituduh melakukan suatu perbuatan serius yang melanggar undang-undang AS, lapor Eramuslim.com.

Dalam pernyataan US Agency for International Development (USAID) atau yang dikenali dengan Badan Bantuan Pembangunan Antarabangsa Amerika menyatakan "sebuah kajian yang dilakukan USAID menyimpulkan adanya kesalahan serius dalam prestasi bantuan, pengurusan dan tanggung jawab kepimpinan organisasi".

USAID sendiri adalah badan bebas dari pemerintahan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab atas bantuan untuk bidang ekonomi, pembangunan dan kemanusiaan untuk negara-negara didunia dalam menyokong tujuan-tujuan dasar luar negeri Amerika Syarikat.

Perlu diketahui bahawa di tahun 2010 lalu kerajaan Amerika Syarikat pernah mempertimbangkan untuk memasukkan IHH dalam senarai kumpulan pengganas akan tetapi hal ini tidak jadi dilakukan setelah tidak adanya bukti kukuh terhadap IHH.

IHH adalah salah satu dari 5 organisasi bantuan di dunia yang menyelaras perjalanan Freedom Flotilla (Armada Kebebasan) Mavi Marmara yang berusaha menembusi sekatan Zionis-Israel pada Mei 2010.

Tercatat IHH pernah hadir di Indonesia untuk memberikan bantuan kepada rakyat Aceh yang saat itu dilanda tsunami dahsyat pada tahun 2004 serta gempa di Yogyakarta dan pelbagai bencana lain di dunia. (Dostor/Sahabataqsha/Ram)

IHH facebook

Share on Myspace