Akaun Facebook 'Suara Keadilan' palsu

| .

KUALA LUMPUR: Suara Keadilan (SK) hari ini menafikan mereka merupakan pemilik kepada akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Suara Keadilan’.(www.facebook.com/suara.keadilan)

Menurut laporan Keadilandaily.com, Ketua Pengarangnya, Mohd Najib Hashim berkata, kewujudan akaun itu tidak pernah diketahui pihaknya dan SK langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun tersebut.

Jelasnya lagi, akaun rasmi facebook SK ialah www.facebook.com/KeadilanDaily, sebagai medium penyampaian berita selain portal dalam talian iaitu KeadilanDaily.com namun semua akaun tersebut dikendalikan sendiri oleh stafnya tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.

Tambah beliau, pihaknya menyedari berkenaan kewujudan akaun palsu tersebut apabila beberapa posting yang dimuat naik telah tersebar luas dan melaporkan berita yang berbaur fitnah.

Namun katanya, beliau tidak jelas apakah motif pemilik akaun tersebut menggunakan nama Suara Keadilan namun beberapa maklumat kurang tepat yang dimuat naik pastinya akan menjejaskan nama dan kredibiliti SK serta PKR sendiri.

“Kita harap pihak yang terlibat berhenti daripada menggunakan nama Suara Keadilan,” jelasnya lagi.

Justeru, bagi mengelak kekeliruan orang ramai boleh melayari akaun rasmi laman sosial facebook dan Twitter rasmi Suara Keadilan iaitu, Keadilan Daily selain portal atas talian KeadilanDaily.com. - HARAKAHDAILY 30/1/2015

Share on Myspace