TG Nik Abdul Aziz boleh berdiri dengan sokongan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, walaupun masih keletihan, ayahanda telah mampu jalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai perkembangan kesihatan ayahandanya menerusi facebook, malam ini.

Semalam, katanya ayahanda beliau, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawa ke bilik fisioterapi untuk latihan berdiri.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana ayahandanya itu boleh berdiri dengan sokongan sekitar setengah jam.

Nik Abdul turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang menziarahi ayahandanya, semalam.

"Walau pun sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia," tulisnya lagi.

(Gambar: Tuan Guru ditunjukkan surat perutusan khas dan doa daripada ulama tersohor, Syeikh Ali As-Shobuni untuk kesihatan beliau. Tuan Guru pernah dikunjungi syeikh tahun lepas di Kelantan.)

Share on Myspace