Maklumat penumpang minta makanan halal direkod

HARAKAHDAILY | .

 SEBAGAI sebahagian daripada dorongan global untuk memerangi keganasan, penerbangan di Amerika Syarikat sekarang akan menyimpan maklumat penumpang dan catatan penumpang yang meminta makanan halal selama penerbangan.

Menurut laman web Islampos yang memetik laporan worldbulletin, sedangkan Kesatuan Eropah mulai sekarang akan melarang facebook, twitter dan google memaparkan kandungan-kandungan yang bermuatan radikal.

Menurut kenyataan dari pejabat Kesatuan Eropah di Brussels, undang-undang yang lebih ketat akan dikuatkuasakan untuk memerangi keganasan. Undang-undang baru sekarang membolehkan pegawai menyoal dan mencegah masuk dan keluarnya seseorang ke Kesatuan Eropah jika mereka kelihatan seperti 'pengganas Islam'. Untuk berkongsi maklumat, mereka yang dianggap mencurigakan akan mempunyai butiran masuk dan diubahsuai di bawah Sistem Maklumat Schengen.

Warga Kesatuan Eropah pasport mereka boleh disita dan ditahan oleh polis sebagai cara untuk memastikan jika mereka masuk ke Syria untuk bergabung dengan kumpulan pejuang di sana.

Sementara itu, di Amerika Syarikat untuk memerangi keganasan, kaedah-kaedah lain juga menjadi berita utama. Dalam peraturan terbaru, para penumpang yang meminta makanan halal akan direkodkan. Dan para penumpang yang akan melakukan perjalanan ke dan dari Eropah juga akan mempunyai butiran rakaman mereka dan pegawai keselamatan akan bebas menyoal para penumpang pada waktu tertentu.

Avramopolus mengatakan bahawa undang-undang yang mewajibkan memberikan nama, maklumat kad kredit, serta permintaan daripada para penumpang juga akan dicatat dan didaftarkan. Namun undang-undang ini masih diperdebatkan di Parlimen Kesatuan Eropah. [Fq/islampos]

 

Share on Myspace