Fitnah: Riduan minta tutup facebook palsu

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor mengecam perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuat facebook palsu kononnya milik beliau.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata laman sosial itu dikesan sejak beberapa hari lalu.

"Saya tidak teragak-agak untuk melaporkan perbuatan fitnah itu kepada pihak berkuasa.

"Perbuatan ini disengajakan bagi memberi imej buruk terhadap saya apatah lagi menjelangnya pemilihan parti," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak yang tidak bertanggungjawab itu segera menutup laman facebook tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil. - HARAKAHDAILY 31/1/2015

Share on Myspace