Saya ingin menjadi seperti Ratu Inggeris - Erdogan

HARAKAHDAILY | .

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan menepis kritikan bahawa dia dikhabarkan berusaha untuk menjadi seorang sultan atau khalifah, beliau berkata hanya ingin seperti layaknya Ratu Inggeris Elizabeth II.

Erdogan menyatakan perkara itu di TRT channel, siaran TV milik kerajaan pada hari Khamis bahawa keinginannya untuk memperluaskan peranan presiden dengan tidak merosakkan pakem demokrasi - dengan merujuk kerajaan Inggeris sebagai contoh.

"Menurut pendapat saya, Inggeris adalah semi presiden. Unsur dominannya adalah Ratu," kata Erdogan dipetik Eramuslim.com.

Inggeris adalah raja berperlembagaan, diatur oleh sistem berparlimen, tapi raja memegang kuasa hanyalah simbolik.

Komen Erdogan itu muncul selepas kritikan daripada pembangkang bahawa beliau akan bertindak seperti khalifah 'Sultan Uthmaniyyah'.

Erdogan mengatakan bahawa kenapa para pemimpin dari sistem presiden seperti di Amerika Syarikat, Brazil, Korea Selatan, Mexico dan lain-lain, mereka semua tidak dituduh bertindak seperti raja.

"Maksud saya, mengapa hanya monarki saja yang disebut ketika idea seperti ini diwacanakan di Turki?" tanya Erdogan.

Erdogan menjadi presiden pada bulan Ogos selepas lebih daripada satu dekad sebagai perdana menteri tetapi pembangkang menuduhnya mengubah negara dengan mengenakan Islamisasi secara beransur-ansur dengan mengindahkan demokrasi.

Pemilihan Ogos adalah pertama kalinya untuk memilih seorang presiden Turki dan telah dipilih langsung oleh rakyat. Erdogan menegaskan ia kini mempunyai mandat rakyat untuk menjadi pemimpin yang aktif dan kuat.

Turki mengadakan pilihan raya Parlimen pada bulan Jun, dengan majoriti parlimen adalah pro Erdogan iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang bertujuan mengubah perlembagaan dan meningkatkan kuasa presiden Erdogan.

"Sebuah perlembagaan baru adalah suatu kemestian untuk Turki yang baru," kata Erdogan. (Arby/Dz)

Share on Myspace