Harga RON95 RM1.70, RON97 RM2, diesel RM1.70

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Februari 2015, harga runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.70 seliter, RON97 (RM2) dan diesel RM1.70.

Perkara tu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan akhbar malam ini.

Menurutnya, kerajaan pada 21 Nov 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float) bermula 1 Disember 2014.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya lagi.

Harga runcit bagi RON95 pada Januari 2015 ialah RM1.91 seliter, RPN97 (RM2.11) dan diesel (RM1.93). 

Share on Myspace