Pendeta Inggeris dakwa zionis dalang serangan 11 Sept

HARAKAHDAILY | .

Kes WTC, 11 September 2001, ketika ini masih menjadi salah satu peristiwa yang penuh kontroversi. Amerika dan sekutunya mati-matian meyakinkan dunia jika tragedi tersebut disebabkan oleh serangan pesawat-peswat komersial yang ditabakkan pengganas ke menara WTC.

Namun dunia kian lama kian tidak yakin kerana semua yang dikatakan media Barat penuh dengan pembohongan dan kejanggalan. Dan apabila ada seorang pendeta di Inggeris mengatakan jika kes 9-11 didalangi oleh Zionis-Israel, maka gemparlah Barat.

Gereja Inggeris tengah menyiasat seorang pendeta yang memasang artikel di Facebook mengandungi tuduhan bahawa Zionis 'Israel' adalah dalang serangan 11 September 2001 di AS, lapor Eramuslim.com.

Stephen Sizer, pendeta Gereja Kristus di Virginia Waters, Surrey seperti yang dilaporkan oleh BBC, Jumaat (30/1) didakwa menerbitkan pautan ke sebuah artikel dengan judul: "9/11 'Israel' melakukannya".

Beliau dilaporkan menulis, "Apakah ini anti semit? Hal ini memunculkan banyak sekali pertanyaan."

Keuskupan Guildford, di mana Sizer berdaftar berkata mereka mengambil "tindakan segera" untuk menyiasat.

Seorang jurucakap berkata "sangat menyedihkan dan memalukan" kerana tulisan itu muncul pada minggu yang sama dengan peringatan 70 tahun pembebasan Auschwitz.

"Perhatian kami tertuju pada komen oleh Pendeta Stephen Sizer di media sosial. Dalam komen tersebut Pendeta Sizer menautkan sebuah artikel bertajuk "9/11 'Israel' melakukannya," kata jurucakap itu.

Wartawan urusan agama BBC, Caroline Wyatt berkata Sizer mempunyai sejarah perseteruan dengan pimpinan komuniti Yahudi perihal sebuah tulisan di blog tentang "Israel" dan Zionisme. (BBC/rz)

Share on Myspace