Angin kencang, laut bergelora dijangka hingga Selasa

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dan bergelora kategori pertama di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Kudat, Sandakan, pantai barat dan pedalaman Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Keadaan sama dijangka melanda Samui, Tioman, Bunguran, Reef North, Kuching, Labuan dan Sulu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter akan berlaku dalam tempoh itu.

"Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga Selasa ini," menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri. - Bernama

 

Share on Myspace