Dewan Ulamak bantu bina rumah mangsa banjir

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan membantu Kerajaan Kelantan bagi membina rumah kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir.

Justeru, semua Dewan Ulamak PAS negeri diminta untuk menyertai kempen 'Rumah Barakah' yang dilancarkan oleh DUPP melalui Lajnah Kebajikan DUPP agar berusaha mendapatkan dana bagi tujuan tersebut.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua DUPP, Datuk Dr Mahfoz Mohamed anggaran kos sebuah rumah adalah bernilai RM40,000.

Katanya, bagi tujuan tersebut DUPP telah memutuskan untuk membina 12 buah rumah.

Beliau memberitahu, majlis peletakan batu asas pelancaran 'Rumah Barakah' akan dilakukan dua minggu dari sekarang.

"Semoga melalui usaha ini, kita akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 1/2/2015

 

 

Share on Myspace