Dr Asri kembali jadi mufti, harap tegak hukum Allah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ramai pengguna laman sosial, facebook mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Mod Asri Zainul Abidin yang menjadi Mufti Perlis bagi kali kedua.

Di samping mengucapkan alhamdulillah, mereka berharap agar Dr Asri dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Ada dalam kalangan mereka yang mendoakan beliau menjalankan kerja dengan adil di samping dapat menegakkan hukum Allah.

Sementara itu, Dr Asri turut memuatkan sekeping gambar hari pertama memasuki pejabat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis bagi lantikan kali kedua dalam facebooknya.

"Pohon doa semua rakyat Malaysia. PA Mufti boleh dihubungi di talian 049794428. Fax 049763844," tulisnya.

Dr Asri, 44, pernah dipinjamkan dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis sebagai mufti bermula 1 November 2006 hingga 30 November 2008.

Beberapa komen daripada pengguna facebook.

Norhisham Ahmad Tahniah! Teruskan perjuangan... Ketepikan gelalaran namun sunnah jadi pegangan...

MaT LiE Tahniah Dr, semoga Dr. sentiasa takut kepada Allah saja...Aminn

Mohd Fadli Mohd Yunus Tahniah, harap dpt menjalankan tugas tanpa mengikut telunjuk mana2 pihak.

Yadzli Amn Tahniah DrMAZA.com. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam memartabatkan lagi undang2 Islam khususnya rakyat negeri Perlis, inshaa Allah. Aamiin

Ku Lal Tokar Ingat laksanakan hukum Allah dan perangi rasuah dan jangan di persenda kalimah Allah.

Azmi Jamalludin Berat tugas tu. Moga jujur n amanah dan berani menegur pemimpin kalau x betul.

Ismail Yusoff Alhamdulillah hirabbil aalaamin..Kami berharap pej mufti akan berfungsi spt mana kehendak Allah dan nabi saw..dpt memberi nasihat dan menegur para pemimpin yg sewenang wenang melanggar perintah allah - HARAKAHDAILY 2/2/2015

Share on Myspace