2 gadis antara 350 warga Palestin ditahan Israel

HARAKAHDAILY | .

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin mengatakan pasukan Israel telah menangkap 350 warga Palestin selama serbuan di beberapa rumah di wilayah pendudukan Tebing Barat sepanjang Januari 2015, lapor Press TV.

Masyarakat Tahanan Palestin dalam satu kenyataan hari Ahad, semalam mengatakan bahawa pasukan Israel menculik 120 warga Palestin dari al-Khalil (Hebron) yang terletak 30 kilometer (19 batu) selatan dari al-Quds (Jerusalem) bulan lalu sehingga kota itu menjadi yang terbesar dalam jumlah tahanan.

NGO itu berkata bahawa tentera Israel juga menangkap 60 warga Palestin di Timur al-Quds , 42 di Ramallah dan bandar yang berdekatan al-Bireh, 38 di Jenin, 35 di Nablus, 19 di Qalqilya dan 19 yang lain di Bethlehem, lapor laman web Islampos.

Sebelas warga Palestin dari Tebing Barat utara Tulkarem juga ditahan oleh pasukan Israel bersama dengan enam orang dari bandar Tubas yang terletak 21 kilometer (13 batu) timur laut dari Nablus.

Dua gadis berusia 20-an di antara para tahanan, sehingga jumlah perempuan Palestin saat ini yang ditahan di penjara-penjara Israel mencapai 24 orang.

Menurut Masyarakat Tahanan Palestin, Israel menahan 383 warga Palestin di Tebing Barat pada Disember 2014. 

Share on Myspace