Tersentuh pengebumian Raja Abdullah, 500 pekerja China peluk Islam

HARAKAHDAILY | .

KESEDERHANAAN perarakan pengebumian dalam Islam telah menggerakkan hati kira-kira 500 pekerja China yang tengah mencari nafkah di Saudi Arabia untuk kembali memeluk Islam.

Sebuah video YouTube yang dishare oleh sebuah akhbar Saudi menunjukkan 500 pekerja Cina di Saudi masuk Islam.

Memetik laporan Eramuslim.com, mereka tersentuh setelah melihat 'kesederhanaan' pengebumian almarhum Raja Abdullah bin Abdul Aziz sebelum ini.

"Mereka semua menjadi Muslim setelah mengucapkan dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang warga melalui pembesar suara," demikian ditunjukkan oleh video di YouTube tersebut, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Ajel.

Video itu memperlihatkan para pekerja Cina itu berkumpul berhampiran pejabat syarikat mereka di bandar timur Jubail dan kemudian mereka melafazkan dua kalimah syahadah.

Mereka juga menerima arahan dari pihak berkuasa keagamaan Saudi tentang bagaimana seharusnya setelah mereka memeluk Islam. (Rz)

Share on Myspace