183 penyokong Ikhwan dijatuhi hukuman mati

HARAKAHDAILY | .

PENGADILAN Mesir dikhabarkan telah menjatuhkan hukuman kepada 183 penyokong Ikhwan Muslimin pada hari Isnin (2/2/2015), lapor laman web Islampos.

Mereka dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh polis, ketika polis melakukan tindakan keras pada kumpulan itu.

Mereka dihukum kerana dituduh memainkan peranan dalam pembunuhan 16 polis di bandar Kardasa pada bulan Ogos 2013 lalu. Tiga puluh empat tahanan dijatuhi hukuman in absentia (tanpa dihadapkan di mahkamah).

Mesir telah memasang tindakan keras terbesar dalam sejarah moden sejak runtuhnya politik Mursi, presiden pertama negara itu yang dipilih secara demokratik. Ribuan penyokong Mursi dari Ikhwan Muslimin telah ditangkap.

Presiden Abdel Fattah al-Sisi, sebagai panglima tentera menggulingkan Mursi kala itu, menggambarkan Ikhwan Muslimin sebagai ancaman keselamatan utama. Padahal Ikhwanul telah mengatakan komited untuk aktivisme damai.

Egypt confirms death sentences for 183 people

Amnesty International kecam hukuman mati

Sementara itu, Amnesty International, semalam turut mengecam keputusan hukuman mati kepada 183 orang di Mesir dengan menyebut keputusan tersebut tidak memenuhi standard antarabangsa dalam hal keadilan, lapor Anadolu Agency.

"Hukuman mati hari ini adalah contoh lain dari bias dari sistem keadilan jenayah Mesir," jelas Hassiba Hadj Sahraoui, Timbalan Pengarah Program Timur Tengah dan Afrika Utara Amnesty International.

Para defendan - kebanyakan daripada mereka adalah penyokong bekas presiden terpilih Muhammad Mursi - dihukum atas tuduhan menyerbu pejabat polis Kerdasa dan membunuh 11 polis pada pertengahan 2013 lalu selepas Mursi digulingkan oleh tentera.

"Hukuman mati adalah hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dalam segala keadaan," ujar Sahraoui dipetik Islampos.

Pengharaman pihak keluarga dan masyarakat untuk menghadiri sidang , menurut Sahraoui telah melanggar undang-undang negara dan antarabangsa.

"Mempamerkan sidang di kompleks penjara hanya merosakkan praduga tak bersalah dan hak atas persidangan yang adil dan awam kepada para suspek."

Serangan terhadap pejabat polis Kerdasa tahun 2013 terjadi tak lama selepas pasukan keselamatan Mesir membubarkan paksa dua kem demonstrasi utama yang diadakan oleh penyokong Mursi di Kaherah, mengorbankan ratusan penunjuk perasaan.

Share on Myspace